Thursday, January 19, 2012

Selamat Tahun Baru!

Selamat Tahun Baru semua!!!

Yeah, harap masih belum terlambat hendaknya. Kalau lambat pun masih boleh guna pakai untuk tahun baru cina ye dok. Bersempena dengan tahun baru ni  mesti ramai yang menanam azam yang jitu, positif, dan penuh berwawasan seperti membasuh pinggan sejurus selepas makan, memotong rumput apabila ketinggiannya mencapai 5 inci dan juga membasuh baju bukan hanya selepas tidak ada baju yang bersih untuk dipakai. Tidak kurang juga yang menanam azam untuk belajar mendandan rambut. 

Untuk tahun 2012 ni aku beriltizam dan bermanifestasi dengan diri sendiri untuk lebih serius dalam bidang penangkapan gambar dan juga ingin mencuba menghasilkan beberapa filem pendek. InsyaAllah. Jadi untuk mendorong diri sendiri untuk berada di landasan yang benar dan berpaksi kepada tujuan yang suci dan nurani,aku buat lagi sekeping blog. Ya,sekeping lagi blog.

Blog yang ditubuhkan tersebut adalah bertujuan dan bertindak sebagai portfolio dalam talian dengan menggunakan penggunaan bahasa yang lebih formal dan mempunyai liuk lentok bahasa yang indah tetapi  tidak mempunyai lirik lagu. Dan blog yang ini akan kekal sebagai blog untuk membebel tetapi masih tidak menggunakan bahasa percarutan yang menjadi masalah yang kian meruncing di kalangan remaja dan juga budak-budak baru nak up masa kini. Walaupun aku tahu tak ada orang baca blog ni. haha. Jadi, memperkenalkan sekeping lagi blog itu :


Blog diatas akan memaparkan segala hasil kerja aku dan seperti biasa,kritikan berbisa dan komen pedas sangat dialu-alukan. Terima kasih kerana sudi singgah dan meluangkan masa disini. Sampai berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama minggu depan. Adios.

Wednesday, November 16, 2011

edisi setempek #3

edisi teka burung.cuba teka,spesis burung apakah dalam gambarajah di bawah?






krik....krik...krik....