Skip to main content

Debut.

Yeay!

Apa yang hepi sangat ni?

Yeah, aku gembira sebab akhirnya dapat jugak buat blog ni. Blog ni diwujudkan bukan untuk cerita pasal gossip,bukan jugak untuk cerita politik, bukan jugak untuk cerita pasal awek. Bukan,apatah lagi cerita pasal memerang liar,pasal platipus ni spesis memerang ke tak pon bukan. Blog ni bercerita tengtang gambar rajah.

Kenapa gambar rajah?

Orang akan cakap sewel kalau senyum sorang-sorang bila tengok henpon. Mak kiah pon akan pandang enteng kalau buat camtu. Berpandukan prinsip mak kiah sambil mengetepikan teori darwin, maka terciptalah ruang ini. Aku suka photografi sebab gabungan aspek seni dan teknikal yang seronok untuk dieksplorasi. Bukan sebab nak ikut trend, bukan sebab nampak indie dan boleh nampak macam bret pit bila gantung dekat leher kamera besar-besar (by de way,aku ada kamera lopek je). Ye la, gambar kalau disimpan je, akan menyebabkan gelaran syok sendiri dianugerahkan.

Sila kritik dan kutuk.

So, disini adalah peluang kalian untuk mengkritik dan mengutuk hasil kerja aku. Bukan kutuk aku ye. Kutuk pon kutuk jugak, tapi sertakan sekali saranan dan pendapat agar aku boleh memperbaiki yang mana kurang dan yang mana silap. Proses pembelajaran memerlukan masa seumur hidup dan yang paling penting saranan dan tunjuk ajar dari kalian. Mak kiah pon aku alu-alukan, apatah lagi kalian.

Reeang reea.

selamat bergembira. :)

Comments

Popular posts from this blog

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

Lapar

Ada satu hari tu, aku lapar. Macam la hari lain tak lapar kan. Entah apa-apa jugak intro cerita aku ni. Jadi aku pun nak beli makanan. Depan rumah aku ni ada deretan kedai jual macam-macam makanan. Dari makanan yang diimport daripada luar negara seperti tomyam, membawa kepada makanan tempatan seperti nasi bujang. Jadi seperti kebanyakan orang yang lapar dan bujang, aku pergi beli makanan masa balik dari kerja tu. Dari jauh aku nampak kelibat seorang pakcik yang tengah mengibas lalat dengan penuh kharisma. Dalam hati aku berteriak yakin bahawa ini lah kedai yang paling tepat untuk aku pilih.Sampai di depan kedai tu sambil mengukir senyuman, aku perhatikan satu persatu lauk yang ada. Oleh kerana, tengahari tadi aku tak ada selera dan makan biasa-biasa, jadi aku ada bajet lebih sikit sekurang-kurangnya seketol ayam atau pun kombinasi telur dadar dan dua ketul bergedil ayam untuk makan malam. Dalam pemerhatian aku terhadap lauk-pauk dengan teliti tadi, rasa berdosa pulak kalau tak pilih l…

ipoh mali talak sombong

Pada suatu hari yang hening, unggas-unggas berkicauan, pagad (nama timangan hampir comel) ajak aku pergi Ipoh. Nak tengok hoki katanya. Seingat aku Malaysia lawan Australia. Aku yang macam bosan-bosan pon layan. Boleh jugak pergi jalan-jalan. Dipendekkan cerita, pagi hari apa ntah, aku, pagad dan kamal ceo pon bergerak menyelusuri lebuh raya utara selatan atau nama popularnya plus. Pergi naik kereta berjenama mercedes kamal ni rasa hensem dia lain macam. Sampai je dekat ipoh kami terus cari rumah mira (member studiomate aku). Untung-untung dapat sarapan free.

Cari rumah mira ni satu hal jugak dia punya mencabar. Aku asal Kedah, pagad asal Grik, kamal pulak asal Meru kot. Memang marveles. Tapi lepas guna firasat dan kemudahan teknologi telefon,sampai jugak dekat rumah mira. Hari tu memang untung sebab memang dapat sarapan kat rumah mira. Duit lebih tu boleh jugak aku buat beli deodoran. Masa datang tu keluarga dia ada. Mak mira ni baik orangnya. Aku sampai menitis air mata sebab terhar…