Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

selamat hari abah-abah

Di suatu petang yang indah ketika tahun 2004,aku dan abah aku pergi ke pekan Kulim. Pergi untuk beli barang keperluan kalau tak salah. Pergi ke pekan Kulim mengambil masa lebih kurang setengah jam dari rumah aku. Di pekan Kulim masa tu masih lagi tiada pusat membeli belah. Ada supermarket je. Tesco dengan Giant tak naik lagi masa tu. Yang ada cuma supermarket yawata, nola dan the store. Antara ketiga-tiga supermarket ni, the store nampak power sikit sebab ada eskalator. Tapi eskalator yang disediakan untuk naik je. Turun kena menapak jugak. 
Sesuai dengan abah aku yang power, mesti la dia pilih untuk pergi tempat yang power. The Store ni ada 5 tingkat  kalau xsalah aku. Tingkat pertama jual barang keperluan harian seperti minyak rambut tencho dan juga susu fernleaf. Tingkat kedua menjual pakaian baby dan kanak-kanak, tingkat ketiga jual pakaian wanita, tingkat keempat jual pakaian lelaki dan tingkat tertinggi jual alatan-alatan tulis, pejabat dan juga pinggan mangkuk untuk buat hadiah …

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut.
Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

aku,hentian pudu,dan blues selamanya(apahal la tajuk macam ni)

Hentian Pudu tu gua selalu pergi. Eh,lupa pulak bagi salam. Assalamualaikum. Tak jawab berdosa. Ok sambung balik. Aku dulu belajar dekat KL. Masa belajar tu aku cuma ada kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda. Untuk pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda tu adalah kerja yang memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Naik je la bas. Apa susah-susah ye dok? Kena pulak syarikat bas kegemaran aku memang kena naik dekat pudu. Bukannya tiada pilihan. Ada satu lagi stesyen bas yang aku boleh pertimbangkan iaitu stesyen bas duta. Masalahnya dekat duta ni tiada kenderaan awam yang aku boleh guna untuk sampai ke sana melainkan dengan teksi. Naik teksi ni mahal. Kalau jenis teksi yang kira lump sum tu lagilah boleh kasi aku keluarkan hikmat menyumpit peringkat dua pemeringkatan. Boleh cecah sampai tiga puluh ringgit sekali henjut. Padahal kalau naik teksi yang pakai meter tak sampai pun sepuluh ringgit.Boleh kalau aku nak lagi jimat duit, aku kena kua…

zomba di dalam (zombie inside)

misi suci

Seperti yang dijanjikan, tepat setengah jam selepas subuh, arnab tiba di lokasi yang dijanjikan. Bagi seekor arnab yang agak gampang angkuhnya, hari ini adalah hari yang sangat besar baginya. Lebih besar lagi dari ceramah politik yang disepanjang jalan masuknya penuh dengan gerai-gerai mencual cd ceramah politik dan agama. Tidak kurang jugak makcik gayah yang mengambil kesempatan menjual laksanya yang kini kian dikenali ramai. Lepas matahari mula melazerkan pancarannya, kura-kura pon sampai. Mungkin wiridnya sedikit panjang. Ambil berkat jumaat agaknya. Arnab yang lama menunggu, memuncungkan mulutnya. Rasa hendak bagi penampar kura-kura pendam erat di dalam hati. 
Tak lama kemudian perlumbaan pun dimulakan. Penjaga garisan hari itu iaitu sang semut, melepaskan tembakan di udara. Baru setapak kura-kura melangkah, arnab telah pon berada di hadapan sebanyak lima tiang. Kura-kura senyum tidak menunjukan gigi oleh kerana beliau menanggalkan gigi palsunya untuk mengurangkan berat supaya gera…

ipoh mali talak sombong

Pada suatu hari yang hening, unggas-unggas berkicauan, pagad (nama timangan hampir comel) ajak aku pergi Ipoh. Nak tengok hoki katanya. Seingat aku Malaysia lawan Australia. Aku yang macam bosan-bosan pon layan. Boleh jugak pergi jalan-jalan. Dipendekkan cerita, pagi hari apa ntah, aku, pagad dan kamal ceo pon bergerak menyelusuri lebuh raya utara selatan atau nama popularnya plus. Pergi naik kereta berjenama mercedes kamal ni rasa hensem dia lain macam. Sampai je dekat ipoh kami terus cari rumah mira (member studiomate aku). Untung-untung dapat sarapan free.

Cari rumah mira ni satu hal jugak dia punya mencabar. Aku asal Kedah, pagad asal Grik, kamal pulak asal Meru kot. Memang marveles. Tapi lepas guna firasat dan kemudahan teknologi telefon,sampai jugak dekat rumah mira. Hari tu memang untung sebab memang dapat sarapan kat rumah mira. Duit lebih tu boleh jugak aku buat beli deodoran. Masa datang tu keluarga dia ada. Mak mira ni baik orangnya. Aku sampai menitis air mata sebab terhar…

main ketam-ketam

Dah nama pon blog,mesti ada cerita-cerita sekali ye tak. Takkan la penuh gambar je memanjang. Baik aku bukak galeri kat depan rumah. Masuk pakai tiket. Awek-awek aku bagi masuk free. hehe. Kali ni aku nak stori pasal pengalaman aku bermain ketam masa pergi langkawi dua tahun lepas. Jangan risau,ni bukan pasal mengetam kayu mahu pon ketuk ketampi. Ustaz Zurin masa sekolah menengah aku dulu je suka suruh ketuk ketampi kalau bangun subuh lambat. Apa gila suruh orang ketuk ketampi seratus kali lepas baru bangun tidur? Kalau yang jenis lembik lutut tu memang pergi mandi sambil merangkak lepas tu. Nasib baik aku dulu petang-petang main bola.seratus kali tu buat sebelah kaki je. hehe. Woi,kejadah aku merepek ni?

Berbalik kepada isu bermain ketam ni,petang tu masa lepas pergi pulau-pulau sekitar langkawi dan buat kuak lentang sket dan berenang stail ikan jaws (tangan luar permukaan air menyamar jadi sirip)  lebih kurang, aku dan kenkawan pergi ke pusat bebas cukai untuk beli buah tangan secuk…

kugiran separuh masa

Ini sangat nolstagia. Banyak benda aku lalui dengan depa ni. Dari lepak-lepak main gitar (aku tengok je dan tumpang melalak) kat kelas lepas makan malam kt dewan tunggu maghrib sampai la kongsi duit ramai-ramai beli gitar dan lepas dua hari kena rampas dengan ustaz syamsuri masa kat sekolah menengah dulu. Aku sekarang pon tak reti-reti lagi main gitar. Dari start main lagu ACAB (masa tu skinhead tengah up), green day, nirvana, butterfingger sampai la sekarang main lagu metal dan pelangi petang. Dan yang paling penting depa men muzik bukan sebab nak jadi indie.

penjelajahan utara - 2009

Akhirnya, aku menerima suntikan semangat kejadah untuk apdet blog ni lepas berbulan. Ok. Gambau kt bawah ni gambar yang memang time tu camera bau kedai lagi. Serius. Kena pulak lepas tu aku ada trip ngan bebudak u aku. Memang niat time tu nak aim awek je sambil terkebil-kebil cari setting. hehe.

Trip tu melibatkan 3 buah negeri utara semenanjung malaysia. Walaupon aku orang utara, aku buat muka farid kamil je. Lagipon usha awek ngan membe-membe ni lain feel dia.ha ha. Ah,melalut dah. Papepon gambar awek aku je boleh tengok.