Skip to main content

ipoh mali talak sombong

Pada suatu hari yang hening, unggas-unggas berkicauan, pagad (nama timangan hampir comel) ajak aku pergi Ipoh. Nak tengok hoki katanya. Seingat aku Malaysia lawan Australia. Aku yang macam bosan-bosan pon layan. Boleh jugak pergi jalan-jalan. Dipendekkan cerita, pagi hari apa ntah, aku, pagad dan kamal ceo pon bergerak menyelusuri lebuh raya utara selatan atau nama popularnya plus. Pergi naik kereta berjenama mercedes kamal ni rasa hensem dia lain macam. Sampai je dekat ipoh kami terus cari rumah mira (member studiomate aku). Untung-untung dapat sarapan free.

Cari rumah mira ni satu hal jugak dia punya mencabar. Aku asal Kedah, pagad asal Grik, kamal pulak asal Meru kot. Memang marveles. Tapi lepas guna firasat dan kemudahan teknologi telefon,sampai jugak dekat rumah mira. Hari tu memang untung sebab memang dapat sarapan kat rumah mira. Duit lebih tu boleh jugak aku buat beli deodoran. Masa datang tu keluarga dia ada. Mak mira ni baik orangnya. Aku sampai menitis air mata sebab terharu. Lepas melantak lebih kurang, mira ajak pergi pasar. Bukan pasar ikan,pasar malam pun bukan. Apatah lagi pasar seni. Pasar ni lain macam sikit. Banyak barang-barang antik. Dia punya tahap antik boleh tahan jugak.







kak pah dan kak nita sarawak zaman muda bergetah


dia punya antik tu sampai kasut cinderella pon ada 



beli jam percuma gambar peribadi























Oleh kerana duit lebih tadi tu aku nak buat beli deodoran, maka satu barang pun tak terbeli. Pagad dengan kamal pon sama. Tapi aku tak tau la depa nak buat apa dengan duit lebih depa tu. Tengahari tu kami makan dekat rumah mira jugak. Kali ni bapak dia turut serta. Sekali lagi air mata aku bergenang. Lepas tunggu kamal ceo meratah kepala keli lebih kurang, mira ajak pergi satu tasik ni. tasik apa ntah. aku ni masalah ingatan boleh tahan jugak dia punya tahap. Tasik ni boleh tahan dia punya cantik. Orang kata sedap-sedap mata memandang. Berikut adalah kejadian yang sempat dikeraskan dalam gambar.



keli liar yang tiada peri kekelian




acara mengkaki burung unta.kanan gambar anak arnab

























Pasal hoki aku tak nak cerita. Boleh pulak kalah. Dalam perjalanan nak balik tu, kamal ceo mintak tong-tong duit minyak. Aku pun hulurkan duit lebih nak beli deodoran tu. Kusyen kereta dia aku gigit.

Comments

Popular posts from this blog

Lapar

Ada satu hari tu, aku lapar. Macam la hari lain tak lapar kan. Entah apa-apa jugak intro cerita aku ni. Jadi aku pun nak beli makanan. Depan rumah aku ni ada deretan kedai jual macam-macam makanan. Dari makanan yang diimport daripada luar negara seperti tomyam, membawa kepada makanan tempatan seperti nasi bujang. Jadi seperti kebanyakan orang yang lapar dan bujang, aku pergi beli makanan masa balik dari kerja tu. Dari jauh aku nampak kelibat seorang pakcik yang tengah mengibas lalat dengan penuh kharisma. Dalam hati aku berteriak yakin bahawa ini lah kedai yang paling tepat untuk aku pilih.Sampai di depan kedai tu sambil mengukir senyuman, aku perhatikan satu persatu lauk yang ada. Oleh kerana, tengahari tadi aku tak ada selera dan makan biasa-biasa, jadi aku ada bajet lebih sikit sekurang-kurangnya seketol ayam atau pun kombinasi telur dadar dan dua ketul bergedil ayam untuk makan malam. Dalam pemerhatian aku terhadap lauk-pauk dengan teliti tadi, rasa berdosa pulak kalau tak pilih l…

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!