Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

selamat hari abah-abah

Di suatu petang yang indah ketika tahun 2004,aku dan abah aku pergi ke pekan Kulim. Pergi untuk beli barang keperluan kalau tak salah. Pergi ke pekan Kulim mengambil masa lebih kurang setengah jam dari rumah aku. Di pekan Kulim masa tu masih lagi tiada pusat membeli belah. Ada supermarket je. Tesco dengan Giant tak naik lagi masa tu. Yang ada cuma supermarket yawata, nola dan the store. Antara ketiga-tiga supermarket ni, the store nampak power sikit sebab ada eskalator. Tapi eskalator yang disediakan untuk naik je. Turun kena menapak jugak. 
Sesuai dengan abah aku yang power, mesti la dia pilih untuk pergi tempat yang power. The Store ni ada 5 tingkat  kalau xsalah aku. Tingkat pertama jual barang keperluan harian seperti minyak rambut tencho dan juga susu fernleaf. Tingkat kedua menjual pakaian baby dan kanak-kanak, tingkat ketiga jual pakaian wanita, tingkat keempat jual pakaian lelaki dan tingkat tertinggi jual alatan-alatan tulis, pejabat dan juga pinggan mangkuk untuk buat hadiah …

Rindu

Ketika aku bangun dari tidur beralaskan lengan aku yang seksi atas meja, secara tiba-tiba aku panik. Skrin komputer di hadapan aku gelap. Aku hairan. Baru bulan lepas aku tukar mouse. Takkan nak kena tukar mouse pad baru sekali kot. Aku gigit keyboard. tittt...... skrin bercahaya. Ternampak kerja 3d aku yang separuh naik. Hati jadi lega. Tahu takut.
Studio masih lagi terang. Aku pandang keliling. Di sebelah kiri nampak Sarip tengah khusyuk main game bowling zombienya tu. Pasal game tu je makan sejam jugak aku berdebat dengan dia. Hal - hal debat ni bukan setakat pasal game je, pasal  makan nasik dan mandi pagi pun boleh jadi debat. Bukan apa, seronok debat dengan Sarip ni. Kalau agak nak kalah aku panggil Pagad. Pagad pun boleh tahan jugak kalau bab-bab membahan sarip ni. Biasa la, usik mengusik.

aku,hentian pudu,dan blues selamanya(apahal la tajuk macam ni)

Hentian Pudu tu gua selalu pergi. Eh,lupa pulak bagi salam. Assalamualaikum. Tak jawab berdosa. Ok sambung balik. Aku dulu belajar dekat KL. Masa belajar tu aku cuma ada kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda. Untuk pulang ke kampung halaman menaiki kenderaan beroda dua tidak berkuasa kuda tu adalah kerja yang memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Naik je la bas. Apa susah-susah ye dok? Kena pulak syarikat bas kegemaran aku memang kena naik dekat pudu. Bukannya tiada pilihan. Ada satu lagi stesyen bas yang aku boleh pertimbangkan iaitu stesyen bas duta. Masalahnya dekat duta ni tiada kenderaan awam yang aku boleh guna untuk sampai ke sana melainkan dengan teksi. Naik teksi ni mahal. Kalau jenis teksi yang kira lump sum tu lagilah boleh kasi aku keluarkan hikmat menyumpit peringkat dua pemeringkatan. Boleh cecah sampai tiga puluh ringgit sekali henjut. Padahal kalau naik teksi yang pakai meter tak sampai pun sepuluh ringgit.Boleh kalau aku nak lagi jimat duit, aku kena kua…