Skip to main content

Lapar

Ada satu hari tu, aku lapar. Macam la hari lain tak lapar kan. Entah apa-apa jugak intro cerita aku ni. Jadi aku pun nak beli makanan.

Depan rumah aku ni ada deretan kedai jual macam-macam makanan. Dari makanan yang diimport daripada luar negara seperti tomyam, membawa kepada makanan tempatan seperti nasi bujang.

Jadi seperti kebanyakan orang yang lapar dan bujang, aku pergi beli makanan masa balik dari kerja tu. Dari jauh aku nampak kelibat seorang pakcik yang tengah mengibas lalat dengan penuh kharisma. Dalam hati aku berteriak yakin bahawa ini lah kedai yang paling tepat untuk aku pilih.

Sampai di depan kedai tu sambil mengukir senyuman, aku perhatikan satu persatu lauk yang ada. Oleh kerana, tengahari tadi aku tak ada selera dan makan biasa-biasa, jadi aku ada bajet lebih sikit sekurang-kurangnya seketol ayam atau pun kombinasi telur dadar dan dua ketul bergedil ayam untuk makan malam.

Dalam pemerhatian aku terhadap lauk-pauk dengan teliti tadi, rasa berdosa pulak kalau tak pilih lauk ayam masak kicap. Melihat kepada kuahnya yang tak pekat, tapi tak pula terlalu cair, dengan lapisan minyak yang nampak sesekali bersilau terkena cahaya matahari, air liur keluar lebih sedikit melepasi bibir tetapi sempat ditarik balik masuk ke dalam mulut.

"Adik nak nasi lauk ke ni?"

Tanya pakcik tu dengan kawalan suara yang baik. Aku angguk walaupun memang ada nasi berlauk sahaja yang dijual di situ.

"Nak lauk yang mana dik?"

Tanya pakcik tu memulakan sesi penjualan. Dengan pantas aku tunjuk ke arah seketul ayam kicap yang aku kira kalau dia berada dalam keadaan ayamnya yang masih hidup, pasti tersenyum bangga kerana pilihan tepat yang aku buat.

Selesai pakcik tu bungkus nasi dan aku menghulurkan bayaran, dia ajukan satu lagi soalan penutup.

"Adik ni kerja kontrak kat tapak pembinaan kat depan sana ke?"

Aku pun dengan ringkas menjawab.

"Iya bener pak."

Lalu pakcik tu pun tersenyum puas.

Comments

Popular posts from this blog

konvokasi sembilan sepuluh sebelas

lompat!

main ketam-ketam

Dah nama pon blog,mesti ada cerita-cerita sekali ye tak. Takkan la penuh gambar je memanjang. Baik aku bukak galeri kat depan rumah. Masuk pakai tiket. Awek-awek aku bagi masuk free. hehe. Kali ni aku nak stori pasal pengalaman aku bermain ketam masa pergi langkawi dua tahun lepas. Jangan risau,ni bukan pasal mengetam kayu mahu pon ketuk ketampi. Ustaz Zurin masa sekolah menengah aku dulu je suka suruh ketuk ketampi kalau bangun subuh lambat. Apa gila suruh orang ketuk ketampi seratus kali lepas baru bangun tidur? Kalau yang jenis lembik lutut tu memang pergi mandi sambil merangkak lepas tu. Nasib baik aku dulu petang-petang main bola.seratus kali tu buat sebelah kaki je. hehe. Woi,kejadah aku merepek ni?

Berbalik kepada isu bermain ketam ni,petang tu masa lepas pergi pulau-pulau sekitar langkawi dan buat kuak lentang sket dan berenang stail ikan jaws (tangan luar permukaan air menyamar jadi sirip)  lebih kurang, aku dan kenkawan pergi ke pusat bebas cukai untuk beli buah tangan secuk…